- Terdiri drp gabungan separuh pengalir ektsrinsik bahan jenis P dan bahan jenis N.
- Mempunyai 2 tamatan iaitu anod & katod.
- Bahan P ialah anod.
- Bahan N ialah katod.
- Tamatan katod adalah yang hampir dgn tanda garis.
- Ketika proses penggabungan bahan P & N, elektron bebas dlm bahan N yang berhampiran simpang akan menyeberangi simpang dan meresap ke dalam lubang bahan P. Proses ini dikenali sebagai penggabungan semula simpang.
- Kehilangan elektron di bahan N akan membentuk ion positif di simpang PN.
- Kemasukan elektron di bahan P membentuk ion negatif di simpang PN.
- Keadaan ini membentuk satu lapisan cas positif pada bahan N dan cas negatif di bahan P.
- Kawasan simpang di mana terbentuknya kedua-dua cas dikenali sebagai lapisan susutan.
- Cas positif & cas negatif membina medan elektrostatik merentasi simpang PN.
- Resepan elektron dan lubang akan berhenti apabila tiada keupayaan untuk mengatasi medan elektrostatik.
- Halangan atau rintangan yang dibina oleh medan elektrostatik dikenali sawar upaya atau upaya simpang.
- Sawar upaya juga dikenali sebagai voltan lutut. (Si – 0.7v, Ge - 0.3v)
Search This Blog
Wednesday, August 4, 2010
dIod sImpang PN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment