Search This Blog

Friday, August 6, 2010

LanGkah-lanGkah kEselAmatAn

apabila mengendali diod langkah-langkah keselamatan berikut mesti diamalkan:

>diod tidak boleh terdedah kepada haba tinggi yang berpanjangan.Perhatian perlu diberi apabila proses pematerian diod ke papan litar dibuat.
>kaki diod hendaklah dibengkok dengan cara yang betul.Ia mesti dipegang pada kakinyamenggunakan playar muncung tirus, kemudian baru dibengkok.Ini penting supaya simpang PN yang ada di dalam diod tersebut tidak terganggu.
>Semasa menguji diod pada papan litar,pastikan diod dipisahkan terlebih dahulu dari litar sebelum pengujian dibuat.
>Apabila proses pematerian dilakukan langkah keselamatan seperti yang ttelah dinyatakan dalam modul 3 perlu diikuti.

Kerosakan Dan Pengujian Doid

> Diod boleh diuji menggunakan meter pelbagai analog dan meter pelbagai
    berdigit
> Apabila diod diuji menggunakan meter pelbagai analog, fungsi meter ohm
    digunakan. Dalam keadaan pincang ke depan, nilai bacaan adalah dalam
    lingkungan di bawah 10 ohm manakala dalam keadaan pincang songsang
    bacan adalah infiniti
> Apabila mter pelbagai berdigit digunakan, mter dilaraskan ke fungsi
    pengujian diod
> Bacaan bagi diod yang dipincang ke depan adalah di antara 0.6 hingga 0.8V
> rajah ini menunjukan cara pengujian diod menggunakan meter pelbagai       analog.

  




>meter pelbagai analog pada fungsi ohm juga boleh digunakan untuk menentukan tamatan diod yang tidak diketahui kekutubannya.rajah di bawah boleh dilakukan bagi tujuan berikut.















Wednesday, August 4, 2010

dI0d zEneR

>Diod zener ialah satu lagi contoh diod yang banyak digunakan dalam litar elektronik.
>diod zener mempunyai ciri yang membenarkan arus mengalir dalam keadaan pIncang songsang apabila nilai voltan pincang songsang yang dibekalkan mencapai nilai voltan zener,Vz

Kegunaan diod simpang PN

> Antara kegunaannya:

   (a) Penerus
   (b) Pengehad
   (c) Pelindung

> Litar penerus menukarkan arus ulang alik kepada arus terus
> Ciri diod yang membenarkan arus mengalir satu hala sahaja menyebabkan
    hanya separuh daripada kitar bekalan sampai ke bahagian keluaran

dIod sImpang PN

  1. Terdiri drp gabungan separuh pengalir ektsrinsik bahan jenis P dan bahan jenis N.
  2. Mempunyai 2 tamatan iaitu anod & katod.
  3. Bahan P ialah anod.
  4. Bahan N ialah katod.
  5. Tamatan katod adalah yang hampir dgn tanda garis.
  6. Ketika proses penggabungan bahan P & N, elektron bebas dlm bahan N yang berhampiran simpang akan menyeberangi simpang dan meresap ke dalam lubang bahan P. Proses ini dikenali sebagai penggabungan semula simpang.
  7. Kehilangan elektron di bahan N akan membentuk ion positif di simpang PN.
  8. Kemasukan elektron di bahan P membentuk ion negatif di simpang PN.
  9. Keadaan ini membentuk satu lapisan cas positif pada bahan N dan cas negatif di bahan P.
  10. Kawasan simpang di mana terbentuknya kedua-dua cas dikenali sebagai lapisan susutan.
  11. Cas positif & cas negatif membina medan elektrostatik merentasi simpang PN.
  12. Resepan elektron dan lubang akan berhenti apabila tiada keupayaan untuk mengatasi medan elektrostatik.
  13. Halangan atau rintangan yang dibina oleh medan elektrostatik dikenali sawar upaya atau upaya simpang.
  14. Sawar upaya juga dikenali sebagai voltan lutut. (Si – 0.7v, Ge - 0.3v)

intr0

 aiii,,eK,,salah r..kite sbagai uMat Islam haruslah memberi salam.,,s0,,

assalamualaikum,,kepada yang membuka bl0g ini...
terima kasih daun keladi saya ucapkan..

blog ini dibuat oleh saya dan seorang lagi rakan saya,,
memperkenalkan diri saya,Baihaqi bin Mohd Yahaya dan seorang lagi kawan saya,Khirul Nizam bin Epi....

satu lagi,,blog ini dibuat untuk memenuhi pr0jek kami iaitu,,eRrr,.
h0mew0rk untuk kejE MPAV  dekat kelas...